Senin, 06 Januari 2014

Compact Disc


Sejarah
Pada tahun 1979Philips dan Sony menubuhkan sebuah pasukan petugas jurutera bersamauntuk mereka bentuk cakera audio digital yang baru. Ahli-ahli terkenalnya termasuk Joop Sinjou, Kees Immink, dan Toshi Tada Doi. Selepas setahun pengujikajian dan perbincangan, pasukan petugas itu menerbitkan "Buku Merah", piawai cakera padat. Philips menyumbangkan proses pengilangan am, berdasarkan teknologi LaserDisc video, serta Pemodulatan Lapan-hingga-Empat Belas (EFM) yang menawarkan kedua-dua tempoh main yang panjang serta ketahanan yang tinggi terhadap kerosakan pengelolaan cakera, seperti cakar dan cap jariSony pula menyumbangkan Pengekodan Reed-Solomon Antara Lembaran Silang (CIRC), kaedah pembetulan ralat. Kisah cakera padat, yang diceritakan oleh seorang bekas ahli pasukan petugas, memberikan maklumat latar tentang banyak keputusan teknik yang dibuat, termasuk pemilihan frekuensi pensampelan, tempoh main, dan diameter cakera. Menurut Philips, Cakera padat "direka bersama-sama oleh sekumpulan besar yang bekerja sebagai sebuah pasukan".
Warna-warna gangguan. Pantulan pendarrona pada cakera padat.

Cakera padat tiba di pasaran Asia pada lewat tahun 1982, dan pada awal tahun yang berikut di Amerika Syarikat dan pasaran-pasaran yang lainCakera-cakera padat pertama yang dijual merupakan 16 buah judul buatan Jepun daripada CBS/SonyPeristiwa ini seringnya diperlihatkan sebagai "Letupan Besar" revolusi audio digital. Cakera audio yang baru ini disambut dengan ghairah, khususnya oleh komuniti-komuniti muzik klasik dan audiofil, dengan mutu pengelolaannyadiberikan sanjungan yang tinggi. Ketika harga pemain CD turun dengan pantas, cakera padat mulamenjadi popular di pasaran-pasaran muzik pop dan muzik rock yang lebih besar.

Cakera padat pada asalnya dianggap sebagai suatu evolusi piring hitam, dan bukan terutamanya sebagai suatu media storan data. Hanya kemudian bahawa konsep 'fail audio', serta penggunaan umum untuk sebarang fail data, muncul. Dari asalnya sebagai salah satu format muzik, cakera padat telahbertumbuh untuk merangkumi penggunaan yang lainSony dan Philips memperkenalkan CD-ROM (ingatan baca sahaja) pada bulan Jun 1985 dan CD-R (CD boleh rakam) pada tahun 1990.

Jenis media: Cakera optik
Pengekodan: Audio PCM dua saluran pada 16 bit/44100 hz
Muatan: Sehingga 800 MB
Mekanisme baca: Laser semikonduktor panjang gelombang 780 nm
Dimaju oleh: Sony & Philips
Penggunaan: Storan audio dan data

Tidak ada komentar:

Posting Komentar